Saya Dah Tua, Tak Boleh Bersenam: Fakta Penting Yang Warga Emas Wajib Tahu.
18 Januari 2026 | Aktiviti TerkiniShort video ini menekankan bahawa anggapan warga emas tidak boleh bersenam adalah satu mitos. Sebenarnya, aktiviti fizikal yang ringan dan bersesuaian dengan tahap kesihatan amat penting untuk membantu warga emas mengekalkan kesihatan fizikal dan mental. Senaman yang sesuai dapat meningkatkan kekuatan otot, keseimbangan badan, fleksibiliti serta mengurangkan risiko jatuh dan penyakit kronik seperti darah tinggi, diabetes dan sakit sendi.
Selain itu, bersenam juga membantu meningkatkan peredaran darah, kualiti tidur dan emosi yang lebih positif. Video ini turut mengingatkan warga emas supaya mendapatkan nasihat doktor sebelum memulakan senaman dan memilih aktiviti yang selamat seperti berjalan kaki, regangan ringan atau senaman duduk. Kesimpulannya, usia bukan penghalang untuk kekal aktif, malah senaman yang betul mampu meningkatkan kualiti hidup warga emas.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: