CYBERSECURITY: QR SCAM, FAKE BANKING APPS, APK MALWARE YANG SEDANG VIRAL
10 September 2026 | Aktiviti TerkiniProgram Cybersecurity: QR Scam, Fake Banking Apps & APK Malware telah dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran peserta terhadap ancaman siber yang semakin berleluasa dalam kalangan pengguna Internet. Program ini memberi pendedahan berkaitan kaedah penipuan menggunakan kod QR palsu (QR Scam), aplikasi perbankan palsu (Fake Banking Apps) serta fail APK yang mengandungi malware yang boleh mengancam keselamatan data dan kewangan pengguna.
Melalui program ini, peserta didedahkan kepada ciri-ciri dan taktik yang sering digunakan oleh penipu siber, termasuk pautan atau kod QR mencurigakan, aplikasi yang dimuat turun daripada sumber tidak rasmi, serta permintaan untuk memberikan maklumat peribadi, kata laluan atau maklumat perbankan. Peserta turut diberikan panduan mengenai langkah-langkah pencegahan seperti memastikan aplikasi dimuat turun daripada sumber yang dipercayai, menyemak kesahihan pautan dan kod QR, mengelakkan pemasangan fail APK daripada sumber tidak dikenali serta tidak berkongsi maklumat sulit dengan pihak yang tidak dikenali.
Secara keseluruhannya, program ini berjaya memberikan pengetahuan dan kesedaran kepada peserta tentang kepentingan keselamatan siber serta membantu mereka menjadi lebih berhati-hati ketika menggunakan perkhidmatan digital. Diharapkan ilmu yang diperoleh dapat diamalkan dalam kehidupan seharian bagi mengurangkan risiko menjadi mangsa penipuan dan serangan siber.
Berikut merupakan gambar-gambar semasa aktiviti dijalankan.