SLS MAHIR – Pemasangan & Fungsi Water Quality Tester
21 November 2025 | Aktiviti TerkiniPada 20 November 2025 , Program SLS MAHIR – Pemasangan & Fungsi Water Quality Tester memberi pendedahan kepada peserta tentang cara menggunakan alat penguji kualiti air serta kepentingannya dalam kehidupan harian. Peserta diperkenalkan kepada komponen asas alat tersebut, langkah pemasangan yang betul, dan cara membaca bacaan seperti pH, TDS (jumlah pepejal terlarut), suhu dan tahap kekeruhan air. Melalui aktiviti praktikal, peserta dapat memahami bagaimana alat ini membantu menentukan sama ada air yang digunakan adalah bersih, selamat dan sesuai untuk kegunaan.Secara keseluruhan, program ini meningkatkan pengetahuan peserta tentang kepentingan memantau kualiti air dan membina kemahiran asas dalam menggunakan peralatan pengujian secara selamat dan tepat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: