dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Sebauh, Sarawak
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

SAFE – Laman Web Berbahaya

19 November 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 18 November 2025 , program SAFE: Laman Web Berbahaya memberi pendedahan kepada murid tentang cara mengenal pasti, mengelakkan dan melaporkan laman web yang tidak selamat. Murid diterangkan tentang ciri-ciri laman web berisiko seperti kandungan palsu, pautan mencurigakan, permintaan maklumat peribadi, serta laman yang mengandungi virus atau penipuan.

Melalui program ini, murid belajar langkah-langkah keselamatan seperti memeriksa URL, menggunakan kata laluan kuat, mengelakkan memuat turun fail dari sumber tidak dikenali, serta mendapatkan nasihat orang dewasa sebelum mengakses sesuatu laman.Kesimpulannya, program ini membantu murid lebih berwaspada dan bijak ketika melayari internet, sekaligus mengurangkan risiko menjadi mangsa penipuan atau ancaman siber.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara..